Malaysia Terbaik
PPPM
Kenyataan Media
KENYATAAN MEDIA KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA BERKAITAN HARI GANTI SEKOLAH TAHUN 2015
06 August 2015
KENYATAAN MEDIA
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
HARI GANTI PERSEKOLAHAN TAHUN 2015
Adalah dimaklumkan bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
memutuskan penangguhan sesi awal persekolahan bagi tahun 2015 akibat
bencana banjir yang melanda negara menerusi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 24 Tahun 2014; Penangguhan Tarikh Mula Sesi Persekolahan Tahun 2015;bertarikh 29 Disember 2014. Penangguhan ini dibuat setelah mengambilkira;
a. Sekolah-sekolah yang terlibat sama ada sebagai Pusat
Penempatan Sementara (PPS) atau ditenggelami air akan mengambil masa
untuk dipulihkan; dan
b. keadaan guru-guru, ibu bapa dan murid yang menjadi mangsa
banjir serta serba kekurangan perlu mengambil masa untuk pemulihan dan
membuat persiapan persekolahan mereka.
KPM ingin menegaskan bahawa tarikh bagi hari-hari penangguhan
persekolahan akibat banjir seperti terkandung dalam surat siaran
tersebut adalah tidak perlu diganti kerana bukan
dianggap sebagai cuti. Tempoh tersebut bermaksud tempoh pemulihan kepada
semua pihak akibat bencana banjir dan dianggap sebagai hari bekerja.
Pihak KPM berharap dengan penjelasan ini dapat menyelesaikan kekeliruan
yang timbul dalam kalangan pentadbir sekolah, guru-guru dan ibu bapa.
Terima kasih.
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia



No comments:
Post a Comment