Rejam lembing merupakan acara rejaman yang tertua dalam sejarah sukan olahraga. Ia mula dipertandingkan buat pertama kali di dalam sukan olimpik pada tahun 1896.
Peralatan yang digunakn ialah lembing. Lembing diperbuat daripada kayu , besi ataupun logam campuran.
Pada bahagian kepala lembing , ia diperbuat daripada besi. Berukuran lebih kurang 25cm-33cm.
Grip iaitu pemegang lembing , panjangnya 15cm-16cm untuk lelaki. Manakala 14cm-15cm untuk perempuan.
*panjang lembing di antara 220cm- 270cm
Berat lembing 800g untuk lelaki, manakala 600g untuk perempuan.
Cara memegang lembing;-
- Pegang lembing diantara ibu jari dengan jari telunjuk serta disokong oleh tiga jari yang lain.
- Pegang diantara jari hantu dan disokong oleh jari manis serta jari kelingking.
- Pegang diantara jari telunjuk dengan jari hantu dengan dibantu jari-jari yang lain.
Fasa-fasa merejam lembing:-
- Fasa permulaan(pegangan dan lakuan sedia).
- Fasa lari landas.
- Fasa rejaman.
- Fasa ikut lajak.
Bagi mengelak berlakunya kecederaan semasa membawa lembing, kita hendaklah membawanya dengan membiarkan mata lembing mengadap ke bawah. Dan juga dinasihatkan supaya tidak berlari semasa membawanya.
Semasa latihan, pastikan tidak ada orang di kawasan merejam selain memerhatikan pergerakan orang lain di sekitar kawasan tersebut. Untuk keselamatan dinasihatkan agar memungut lembing setelah semua selesai merejam.
No comments:
Post a Comment